Saturday, January 21, 2012
mutiara kata #2 Esok Belum Pasti
kata orang hidup perlu ada angan-angan. Barulah bersemangat nak merancang dan melaksanakan apa yang diangankan. Namun dalam kisah hidup para sahabat Nabi s.a.w hidup mereka 'pendek' dengan angan-angan. Malah prinsip hidup mereka yang menjadi kunci ketengan yang mereka miliki. Prinsip hidup itu ialah hidup dalam lingkungan hari ini dan x bimbang yang jauh-jauh. Usah tercemar dgn esok yang masih belum pasti. Tugas manusia bukan melihat apa yg terletak jauh dan masih samar-samar tetapi bertindak dgn apa yg berada di genggaman. itulah yang sering mereka pesan. Mafhum hadis ada mengatakan bahawa jika mereka hidup pada waktu pagi, mereka tidak menyangka akan terus hidup sampai ke petang. Oleh itu mereka tidak menangguh amalan kebaikan juga tidak menangguh taubat dari amalan kejahatan..